BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, December 25, 2009

Menantu Yang Sengal

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa

mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil

memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya

dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil

pegang-pegang dada bapa mertua.

Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua

yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa

mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai

isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak

mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa

mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat

juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya.

Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kau

jadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”

Menantu Yang Luarbiasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nieboleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollahbukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamatini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi,berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar jejawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikitkeluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepaskenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuktidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyaktidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumahuntuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minahpun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dekkerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan PakHaji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahlikeluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlahsolat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak HajiDollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solatsubuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ia ke? tiga rakaat?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”

Masya Allah..mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengangelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh!Kantoi..kantoi…

Robot Pembohong

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…