BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 19, 2009

kami kat mana???

Dua orang gadis yang baru lepas menonton cerita Hindustan
kat panggung wayang bertelagah tentang kehebatan hero filem
tersebut. Semasa memandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah pun
mereka masih bertegang urat.

Ervina : Aku rasa Hirthik Roshan lagi hebat dari Shah Rukh Khan.

Aniz : Alaa… .Hirthik tu harap kan muka dan badan aje lawa, kacak,
tapi lakonan masih 3 bintang ! Dengar tak ? Tiga bintang !!!

Ervinna : Eh, apa pun… .bagi aku Hirthik tetap hebat. Macho! Seksi
lagi!

Aniz : No way… .Shah Rukh Khan tetap no.1!!!

Tanpa disedari, kerana asyik berpot pet… .pot pet… .kereta yang
dipandu telah tersesat jalan. Kelam kabut dua orang gadis tersebut
dibuatnya.

Setelah menyusur jalan hampir 15 minit, mereka akhirnya ternampak
kelibat seorang tua berkopiah putih, berkain sarung, sedang menuntun
basikal di pinggir jalan. Mereka bercadang bertanya lelaki tersebut
dan kereta yang dipandu berhenti betul2 berdekatan lelaki tua yang
nampak warak. Bersih wajahnya.

Ervina : Er… pakcik… boleh tumpang tanya…

Lelaki tua : Ye… ada apa yang boleh saya bantu anak berdua?

Ervina : Er… kami sebenarnya sesat jalan. Di mana kami berada
sekarang.

(Lelaki tua kelihatan menggaru kepala)

Aniz : Aha pakcik… .di mana kami sekarang ?

Nak tau apa jawapan lelaki tua tersebut ?

-
-
-

Kalau korang nak tau lelaki tua tu dengan selambanya
menjawab : ‘Dalam kereta” dan terus berlalu dari situ.

0 comments: