BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, November 19, 2009

pandai tapi BODOH


Razlan dan Razi pergi berkhemah. Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertido la di dalam khemah tersebut. Beberapa jam kemudian, Razlan terbangun dan mengejutkan Razi dari tido.

Razlan : Razi, cuba kau pandang kat atas dan apa yang kau nampak.


Razi : Aku nampak berjuta-juta bintang.


Razlan : Dan apakah maksudnya itu?


Razi : *setelah berfikir sejenak* Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu maha berkuasa dan kita ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan lemah. Dari sudut Meteorologi, aku ramalkan yang esok cuaca akan cerah sepanjang hari. Kenapa kau tanya aku soalan yang macam tu? Apa maksudnya bagi kau?


Razlan : *Terdiam seketika*. Bodoh la kau ni Razi. Ada orang dah curik khemah kita la.

pakcik dan tandas wanita


Seorang pakcik tersilap masuk toilet,

termasuk kat dlm toilet wanita.

Wanita2 yg ada kt dalam tandas semuanya menjerit
‘NI UNTUK PEREMPUAN JE PAKCIK’.

Pakcik tu selamba je turunkan seluarnya sambil berkata
‘NI PON UNTUK POMPUAN JUGAK’.

org gile...!!!

Ada dua orang gila yang sedang berbual di rumah sakit jiwa Tampoi.

Orang gila 1 : ( sambil naik atas meja ) “Kamu tahu tak?”

Orang gila 2 : “Tahu apa?”

Orang gila 1 : “Aku nie matahari ( sambilmengangkat tangannya tinggi-tinggi ) lihat lah terang dunia inidisebabkan aku!”

Orang gila 2 : ( dalam hati ) “Jangan-jangan dia ini bertambah gila, aku mesti lapor pada doktor biar dia diperiksa…”

Sambil berlari orang gila 2 tadi pergi ke bilik doktor dan menceritakan apa yang berlaku:

Orang gila 2 : “Doktor, kawan saya itu mungkin bertambah gilanya.”

Dokter : “Kenapa?”

Orang gila 2 : “Benar doktor, dia naik ke atas meja sambil mengangkattangannya dia cakap dia adalah matahari, dunia ini terang dia yangbuat.”

Dokter : “Kalau begitu suruhlah kawan kamu tu turun.”

Orang gila 2 : “Jangan doktor, nanti kalau dia turun gelap dunia ini nanti…”

Dokter : “???”

sekian

kami kat mana???

Dua orang gadis yang baru lepas menonton cerita Hindustan
kat panggung wayang bertelagah tentang kehebatan hero filem
tersebut. Semasa memandu kereta dalam perjalanan balik ke rumah pun
mereka masih bertegang urat.

Ervina : Aku rasa Hirthik Roshan lagi hebat dari Shah Rukh Khan.

Aniz : Alaa… .Hirthik tu harap kan muka dan badan aje lawa, kacak,
tapi lakonan masih 3 bintang ! Dengar tak ? Tiga bintang !!!

Ervinna : Eh, apa pun… .bagi aku Hirthik tetap hebat. Macho! Seksi
lagi!

Aniz : No way… .Shah Rukh Khan tetap no.1!!!

Tanpa disedari, kerana asyik berpot pet… .pot pet… .kereta yang
dipandu telah tersesat jalan. Kelam kabut dua orang gadis tersebut
dibuatnya.

Setelah menyusur jalan hampir 15 minit, mereka akhirnya ternampak
kelibat seorang tua berkopiah putih, berkain sarung, sedang menuntun
basikal di pinggir jalan. Mereka bercadang bertanya lelaki tersebut
dan kereta yang dipandu berhenti betul2 berdekatan lelaki tua yang
nampak warak. Bersih wajahnya.

Ervina : Er… pakcik… boleh tumpang tanya…

Lelaki tua : Ye… ada apa yang boleh saya bantu anak berdua?

Ervina : Er… kami sebenarnya sesat jalan. Di mana kami berada
sekarang.

(Lelaki tua kelihatan menggaru kepala)

Aniz : Aha pakcik… .di mana kami sekarang ?

Nak tau apa jawapan lelaki tua tersebut ?

-
-
-

Kalau korang nak tau lelaki tua tu dengan selambanya
menjawab : ‘Dalam kereta” dan terus berlalu dari situ.

jangan mandi bogel !!!!!!!!!

Seorang gadis berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk terjun.

Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari tempat persembunyiannya, ‘Wahai Cik Adik! Tak dibenarkan berenanglah! Cik Adik tidak dibenarkan berenang dalam kolam ni!’

Gadis tersebut tergesa-gesa mengambil pakaiannya. ‘Kenapa tak larang saya sejak tadi, sebelum saya menanggalkan pakaian?’ soal gadis tersebut.

‘Memanglah, kat sini tak dibenarkan berenang, tetapi Cik Adik tak dilarang untuk tanggalkan pakaian,’ jawab pemilik dusun dengan selamba.

Tuesday, November 10, 2009

hey...!!!

Teksiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Seorang suami merungut kepada isterinya kerana menaiki teksi hari-hari ketempat kerja.

Suami: Awak nih hari-hari naik teksi ke pejabat. Awak tahu tak ia melibatkan belanja yang tinggi.

Isteri: Habis tu kalau saya tak naik teksi, saya nak naik apa lagi. Saya nak tumpang kawan ke pejabat awak tak kasi, nak naik LRT tak ada kat sini, nak naik komuter stesen jauh. Habis awak nak saya naik apa jalan kaki.

Suami: Kawan awak tu lelaki sebab itu saya tak kasi nanti awak ada affair pulak dengan dia.
Isteri: Allo awak dah lupa ke yang awak tu drebar teksi. Bukan ke awak yang hantar saya hari-hari ker?

SIAPA LEBIH MANJA???

Di suatu ketika, pada suatu masa terdapat dua kumpulan iaitu satu kumpulan lelaki dan satu kumpulan wanita, sedang berdebat atas isu “SIAPA YANG LEBIH MANJA, LELAKI ATAU WANITA”. Kumpulan wanita menyokong, lelaki lebih manja daripada wanita, sementara kumpulan lelaki pula menyokong wanita lebih manja daripada lelaki. Perdebatan berkenaan kelihatan seperti tiada penghujungnya dan jauh sekali akan tamat. Tiba2 bangun seorang dari kumpulan wanita. Wanita cantik dan manis, belesung pipit di pipinya serta bertahi lalat di atas bibir dengan senyum menawan pun berkata, “Saya tetap mengatakan kaum lelaki adalah…adalah lebih manja daripada kaum wanita….. Alasannya…semasa masih bayi dan kanak2, lelaki termasuk suami saya menyusu dengan ibu mereka dan apabila telah berkahwin pun kaum lelaki masih lagi menyusu termasuklah suami saya…..”

- CERITA BERANTAI -

Boss berkata kepada Secretary : Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya : Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya : Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya : Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya : Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary : Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary menelefon Suaminya : Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya : Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya. .

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya : Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya : Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk(Boss) menelefon Secretary : Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..

- KARI MAMAK -


Satu ari, abg aku ngan kwn dia gi kedai mamak.

kwn dia ckp kt mamak tu, “mamak, kari ni rasa semacam je. kari smlm ke?”

mamak tu pun reply, “u kalu mau kari hari ni, u dtg esok la.”